أهلا وسهلا إلى مدونتي تتامو مجتهد

Selamat datang ke Blog Bayusenja@tetamumujtahid... Semoga blog ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca, terutama sekali kepada penulis sendiri.

Insya Allah...

Ahad, 16 Disember 2007

Hak-hak muslim sesama muslim

Setiap seorang Muslim masing-masing mempunyai haknya ke atas setiap saudara muslimnya yang lain. Hal ini adalah demikian kerana, terdapat banyak hadis yang telah diriwayatkan oleh utusan junjungan mulia kita, Nabi MUHAMMAD (s.a.w).

Di antara hadis Baginda yang menyatakan hal tersebut adalah seperti berikut:

((حق المسلم على المسلم خمس: رد السلام، وعيادة المريض، واتباع الجنائز، وإجابة الدعوة، وتشميت العاطس)) - رواه البخاري كما

ذكر في منهاج المسلم، صفحة 88.


Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari seperti yang terdapat di dalam kitab Minhajul Muslim, muka surat 88 bermaksud: hak seseorang Islam dengan seseorang Islam yang lain ada lima (5),

i) menjawab salam

ii) melawat orang sakit

iii) menghantar jenazah ke kubur

iv) memenuhi jemputan

v) mendoakan kepada orang yang bersin


Tiada ulasan:

Adakah sahabat sekalian amat peka dengan keadaan dunia kita pada hari ini?