أهلا وسهلا إلى مدونتي تتامو مجتهد

Selamat datang ke Blog Bayusenja@tetamumujtahid... Semoga blog ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca, terutama sekali kepada penulis sendiri.

Insya Allah...

Jumaat, 13 Mei 2011

Berbuat baik kepada Ahli keluarga

Diriwayatkan daripada Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam, bahawa baginda telah bersabda mafhumnya:

"Barangsiapa pada waktu petangnya keluar mencari nafkah untuk diberi makan seluruh isi rumahnya, maka waktu paginye diampun dosanya."

Sabdanya lagi:

" Yang paling baik di kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya"

(dipetik daripada Tanbiihul Ghaafiliin _Peringatan kepada orang yang Lalai_ oleh Haji Abdullah bin Abdullah Mubin Al-Syafie, m/s 36)

Ahad, 8 Mei 2011

تصاريف الأفعال

الفعل ينقسم إلى ثلاثة أقسام :

1- الفعل الماضي

2- الفعل المضارع

3- فعل الأمر


الضمائر المنفصل:

هو هما هم هي هما هن أنتَ أنتما أنتم أنتِ أنتما أنتن أنا نحن


المضائر المتصلة:

ـه هما هم ـها هما هن كَ كما كم كِ كما كن ـي نا


SELAMAT HARI IBU

Ibu...emak...ummi...mama...
engkau hanyalah satu, engkau tetap ibuku walau apapun yang dipanggilkan..

Ibuku, Che Zaiyah Binti Yaakob...

Sesungguhnya seorang ibu teramat besar jasanya. Hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan dan kesengsaraan menjadi seorang Ibu. Tanpa, ibu, belum tentu kita akan dapat menghirup udara pada hari ini.

Ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
setiap masa sentiasa dikalbuku,
membuka jalan kepadaku,
dikala aku buntu,
menjadi lidahku,
dikala aku kulu,

Mama,
pengorbananmu sungguh mulia,
tidak mungkin akan dapat ku letakkan harga,
walau sehingga akhir masa,
engkau tetap tiada tandingnya,
kesabaranmu mendidikku mengatasi segala,
melayan kerenahku yang entah apa-apa,
sungguh hatimu sangat mulia,
engkau dihatiku tetap bertakhta selama-lamanya,

Ummi,
engkau tidak akan adanya pengganti,
engkau tetap segar di hati,
walau kita dipisahkan oleh beberapa negeri,
namun tiada dapat meluputkanmu dari memori,

Ibu,
Engkaulah segala-galanya bagiku,
Engkaulah ratu hatiku,
Engkaulah pemilik hatiku,
Engkaulah tempat ku mengadu,
Engkaulah tempat ku menagih rindu,
Engkaulah pengubat segala rindu,

Terima kasih ibu kerana memberi peluang untuk aku menikmati keindahan kehidupan ini. Tanpa adanya ibu, belum tentu aku akan menatap alam ciptaan Allah ini. Sesungguhnya walau sejuta ucapan Terima Kasihku kepadamu ibu, belum tentu dapat membalas segala pengorbanan yang telah ibu korbankan selama membesarkan aku.

Ibu, aku sungguh bangga dengan keteguhan dan kesungguhanmu dalam memberi kehidupan kepadaku....

Jasamu Ibu tersangatlah besar, tidak akan termampu untuk aku menulis segala-galanya tentangmu Ibu..

Aku hanya mampu mendoakan kebahagian, kesenangan dan kelapangan di dalam menjalani kehidupan pada hari ini.

Ya Allah, sebaknya hatiku ketuka aku menulis warkah ini, hanya Engkau saja yang mengetahui betapa kasihnya hatiku akan Ibuku Ya Allah. Aku mohon kepadaMu Ya Allah, Engkau berilah kesenangan kepada kepada kedua Ibu Bapaku Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah, Engkau berikanlah mereka kelapangan untuk menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah..

Wahai Ibu,,hanya dengan doa saja dapat aku mendoakanmu, Semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbananmu wahai Ibu..

اللهم ربنا اغفرلنا ذنوبنا ولوادينا وارحمهم كما ربونا صغارا.

Ya Allah ya Tuhanku, Aku memohon kepadaMu, Engakau ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa ibu-bapa kami, dan Engkau rahmatilah mereka, sebagaimana mereka telah membesar dan mendidik kami sejak kami kecil lagi ya Allah.

Ameen..

Adakah sahabat sekalian amat peka dengan keadaan dunia kita pada hari ini?